Nuffnang Ads

Khamis, 16 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Pahang

Pasukan Pahang atau Tok Gajah pastinya menjadi salah satu pasukan yang bakal diberikan tumpuan bagi musim Liga Super 2014 akan datang. Pencapaian pasukan Tok gajah untuk muncul juara Piala Malaysia 2013 membuktikan bahawa pasukan Pahang mampu melakar kejuaraan demi kejuaraan dalam Liga Malaysia 2014. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih baru iaitu Ronald Smith yang menggantikan Ketua Jurulatih musim lalu, Dollah Salleh yang berhijrah ke pasukan Liga Premier 2014, PDRM FA pasukan Pahang tetap dilihat antara pasukan pilihan Liga Super 2014.

Diperkuatkan dengan pemain import berkualiti iaitu Matias Conti (Argentina), Damion Stewart (Jamaica), Dickson Nwakaeme (Nigeria) dan Zesh Rahman (Pakistan) serta gandingan pemain tempatan antaranya Razman Roslan, Jalaluddin Jaafar, Azamuddin Akil, Azidan Sarudin, R.Gopinathan dan pemain-pemain tempatan yang lain, pasukan Tok Gajah pastinya bakal memberikan saingan sengit dalam Liga Super 2014 akan datang. Dengan kemampuan pemain serta perancangan strategi dan taktikal terbaik, pasukan pahang tidak syak lagi menjadi pilihan untuk muncul pesaing utama kejuaraan Liga Super 2014 akan datang.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Pahang memiliki pasukan yang mantap dengan gandingan pemain tempatan dan import berkualiti di samping kekuatan sorakan padu peminat bola sepak Pahang. Pahang dijangka bersaing hebat musim ini dengan pasukan-pasukan pilihan lain seperti Selangor, Johor Darul Takzim FC, Kelantan, Singapore Lions XII dan ATM FA. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 pasukan Pahang :

Pusingan Pertama
17 Januari : Singapore Lions XII (GS) 
25 Januari : Sime Darby FC (GL)  
28 Januari : Selangor (GL) 
7 Februari : Johor Darul Takzim FC (GS)   
15 Februari : Terengganu (GL) 
8 Mac : ATM FA (GS) 
15 Mac : Kelantan (GL)  
22 Mac : Sarawak (GS) 
25 Mac : PKNS FC (GL)    
29 Mac : Perak (GS)
5 April : T-Team (GL)  

Pusingan Kedua
12 April : T-Team (GS) 
15 April : Singapore Lions XII (GL) 
19 April : Sime Darby FC (GS)   
10 Mei : Selangor (GS) 
17 Mei : Johor Darul Takzim FC (GL) 
24 Mei : Terengganu (GS) 
10 Jun : ATM FA (GL) 
14 Jun : Kelantan (GS)
17 Jun : Sarawak (GL)
21 Jun : PKNS FC (GS)
25 Jun : Perak (GL)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa