Nuffnang Ads

Sabtu, 18 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Singapore Lions XII

Juara bertahan Liga Super Malaysia, Singapore Lions XII merupakan antara pencabar bagi musim kejuaraan Liga Super 2014. Di bawah kendalian Ketua Jurulatih Fandi Ahmad, pasukan yang diberi gelaran Singa ini pastinya berusaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada musim lalu. Bagi musim Liga Super 2014 akan datang, pasukan Singapore Lions XII kehilangan beberapa tonggak utama antaranya Ketua Pasukan musim lalu, Shahril Ishak, pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia 2013, Baihakki Khaizan serta Ketua Pasukan bawah 23 tahun Singapura, Hariss Harun yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim FA dan Johor Darul Takzim FC musim 2014.

Walaupun kehilangan pemain-pemain utama, gandingan pemain-pemain musim lalu serta pemain-pemain muda Singapura pastinya bakal membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Super 2014 akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, dengan perancangan strategi dan taktikal serta persefahaman mantap pasukan Lions XII dijangka bakal memberikan saingan kepada 11 pasukan lain dalam Liga Super 2014 akan datang. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 melibatkan pasukan Singapore Lions XII :

Pusingan Pertama
17 Januari : Pahang (GL) 
25 Januari : Selangor (GS)  
28 Januari : Johor Darul Takzim FC (GL) 
7 Februari : Terengganu (GS)   
15 Februari : ATM FA (GL) 
8 Mac : Kelantan (GS) 
15 Mac : Sarawak (GL)  
22 Mac : PKNS FC (GS) 
25 Mac : Perak (GL)    
29 Mac : T-Team (GS)
5 April : Sime Darby FC (GL)  

Pusingan Kedua
12 April : Sime Darby FC (GS)
15 April : Pahang (GS) 
19 April : Selangor (GL)   
10 Mei : Johor Darul Takzim FC (GS) 
17 Mei : Terengganu (GL) 
24 Mei : ATM FA (GS)
10 Jun : Kelantan (GL)
14 Jun : Sarawak (GS)
17 Jun : PKNS FC (GL)
21 Jun : Perak (GS)
25 Jun : T-Team (GL)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa