Nuffnang Ads

Ahad, 19 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan T-Team

Pasukan T-Team di bawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Perak musim lalu, Mohd. Azraai Khor Abdullah pastinya ingin bangkit semula dari kekecewaan pada musim lalu apabila pasukan T-Team terpaksa berdepan situasi sukar bertarung mengelak penyingkiran. Musim ini, pasukan T-Team dijangka berusaha menampilkan persembahan lebih baik serta bersaing merebut kedudukan lebih selesa berbanding musim lalu.

Dengan membawa masuk pemain-pemain import terbaik seperti Fabio Flor (Brazil), Nelson Sam Martin (Chile), Patricht Wanggai (Indonesia) dan Evaldo Goncalves serta mengekalkan pemain-pemain tempatan musim lalu, Bual Sukan berpandangan T-Team mampu melakar kejutan mencabar kelompok 6 pasukan terbaik. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 bagi Pasukan T-Team :

Pusingan Pertama
18 Januari : Selangor (GL) 
25 Januari : Johor Darul Takzim FC (GS)
28 Januari : Terengganu (GL)
7 Februari : ATM FA (GS)
15 Februari : Kelantan (GL)
8 Mac : Sarawak (GS)
15 Mac : PKNS FC (GL)
22 Mac : Perak (GS)
25 Mac : Sime Darby FC (GS)     
29 Mac : Singapore Lions XII (GL) 
5 April : Pahang (GS) 

Pusingan Kedua
12 April : Pahang (GL)
15 April : Selangor (GS)
19 April : Johor Darul Takzim FC (GL)
10 Mei : Terengganu (GS)
17 Mei : ATM FA (GL)
24 Mei : Kelantan (GS)
10 Jun : Sarawak (GL) 
14 Jun : PKNS FC (GS)
17 Jun : Perak (GL)
21 Jun : Sime Darby FC (GL)
25 Jun : Singapore Lions XII (GS) 

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa