Nuffnang Ads

Sabtu, 18 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan ATM FA

Pasukan ATM FA di bawah kendalian Ketua Jurulatih, B.Santhianathan merupakan antara pasukan yang menjadi pilihan mencabar kejuaraan Liga Super 2014. Dengan pemain-pemain utama musim lalu seperti Hairuddin Omar, Amirizwan Taj, K.Reuben, Rizal Zamberi Yahya, Venice Elphi serta penjaring terbanyak Liga Super 2013, Marlon Alex James dan perancang utama pasukan dari Argentina, Bruno Martelloto masih bersama pasukan, pasukan ATM FA dilihat masih ancaman kepada 11 pasukan lain dalam Liga Super 2014 akan datang.

The Gladiators bakal diperkuatkan dengan bekas penjaring prolifik Liga Malaysia 2003, Juan Manuel Arostegui yang mewakili kelab MPPJ FC satu ketika dahulu di samping pemain Australia, Spase Dilevski serta pemain-pemain tempatan baru seperti Iqbal Suhaimi, Syed Adney, Riduan Maon dan Fazli Saari pasukan ATM FA dilihat cukup mantap musim 2014. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan ATM FA dijangka mempamerkan aksi memukau pada saingan musim Liga Super 2014 dan tidak mustahil mampu mengejutkan pasukan-pasukan pilihan lain dalam perebutan Liga Super 2014 akan datang. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 bagi pasukan ATM FA : 

Pusingan Pertama
18 Januari : Sarawak (GS) 
24 Januari : PKNS FC (GL)
28 Januari : Perak (GS)
8 Februari : T-Team (GL)
15 Februari : Singapore Lions XII (GS) 
8 Mac : Pahang (GL)  
15 Mac : Selangor (GS) 
22 Mac : Johor Darul Takzim FC (GL)
25 Mac : Terengganu (GS)
29 Mac : Sime Darby FC (GL)
5 April : Kelantan (GL)

Pusingan Kedua
12 April : Kelantan (GS)
15 April : Sarawak (GL)
19 April : PKNS FC (GS)
10 Mei : Perak (GL)
17 Mei : T-Team (GS)
24 Mei : Singapore Lions XII (GL)
10 Jun : Pahang (GS)
14 Jun : Selangor (GL)
17 Jun : Johor Darul Takzim FC (GS)
21 Jun : Terengganu (GL)
25 Jun : Sime Darby FC (GS)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa