Nuffnang Ads

Sabtu, 18 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Terengganu

Pasukan Terengganu bakal menampilkan barisan pemain-pemain mantap dengan kembalinya beberapa anak tempatan yang berhijrah ke pasukan lain musim lalu. Antaranya penyerang terbaik Liga Malaysia 2013, Norfarhan Muhammad, Sharbinee Alawee, Zairo Anuar Zailani, Faiz Subri dan pemain-pemain tempatan lain. Di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman, Hj. Abdul Rahman Ibrahim yang sememangnya terkenal dengan strategi dan taktikal bolasepak, pasukan Terengganu pastinya bakal menampilkan saingan terbaik pada musim Liga Super 2014 akan datang.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Terengganu atau The Turtles pastinya akan membuktikan sesuatu kepada peminat bola sepak tempatan dengan memantapkan semula pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014 akan datng dengan muncul anta pasukan pilihan Liga Super 2014. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia bagi Pasukan Terengganu untuk musim 2014 akan datang : 

Pusingan Pertama
18 Januari : PKNS FC (GS) 
25 Januari : Perak (GL)
28 Januari : T-Team (GS)
8 Februari : Singapore Lions XII (GL)
15 Februari : Pahang (GS)
8 Mac : Selangor (GL)
15 Mac : Johor Darul Takzim FC (GS) 
22 Mac : Sime Darby FC (GL) 
25 Mac : ATM FA (GL)         
29 Mac : Kelantan (GS)
5 April : Sarawak (GL)

Pusingan Kedua
12 April : Sarawak (GS)
15 April : PKNS FC (GL)
19 April : Perak (GS)
10 Mei : T-Team (GL)
17 Mei : Singapore Lions XII (GS)
24 Mei : Pahang (GL)
10 Jun : Selangor (GS) 
14 Jun : Johor Darul Takzim FC (GL)
17 Jun : Sime Darby FC (GS) 
21 Jun : ATM FA (GS)
25 Jun : Kelantan (GL)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa