Nuffnang Ads

Selasa, 7 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Johor Darul Ta'zim FC

Sepak mula Liga Super 2014 akan bermula pada 17 dan 18 Januari 2014 setelah lebih kurang 2 bulan lebih berehat daripada sebarang kejohanan utama bola sepak negara. Tempoh tersebut digunakan oleh semua pasukan membuat persiapan terbaik menghadapi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang. 

Antara pasukan yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk mengungguli Liga Malaysia 2014 akan datang ialah pasukan Johor Darul Ta'zim FC di bawah kendalian Ketua Jurulatih Sepanyol, Cesar Fernando Jiminez. Pasukan JDT FC musim 2014 bakal dibarisi oleh ramai bintang-bintang bola sepak tanahair sekaligus menjadi pasukan tumpuan musim 2014 akan datang. Pasukan Harimau Selatan juga turut bakal diperkuatkan dengan 4 pemain import berkualiti iaitu 2 dari Argentina iaitu bekas pemain kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan Luciano Figeroa selain 2 lagi pemain import dari Singapura iaitu Ketua Pasukan Singapura bawah 23 tahun, Hariss Harun dan pemain pertahanan terbaik Anugerah Bolasepak Malaysia 2013, Baihakhi Khaizan.

Pasukan JDT FC akan memulakan kempen Liga Super 2014 dengan menentang pasukan Perak pada 18 Januari 2014 di gelanggang sendiri. Dengan barisan pemain berstatus bintang, Bual Sukan menjangkakan pasukan JDT FC adalah antara pasukan yang bakal merebut kejuaraan Liga Super 2014 akan datang. Namun begitu, saingan 11 lagi pasukan lain tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan JDT FC. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 membabitkan pasukan JDT FC bagi musim 2014 akan datang :

Pusingan Pertama
18 Januari : Perak (GS)
25 Januari : T-Team (GL)
28 Januari : Singapore Lions XII (GS)
8 Februari : Pahang (GL)
15 Februari : Selangor (GS)
8 Mac : Sime Darby FC (GL)
15 Mac : Terengganu (GL)
22 Mac : ATM FA (GS)
25 Mac : Kelantan (GL)
29 Mac : Sarawak (GS)
5 April : PKNS FC (GL)

Pusingan Kedua
12 April : PKNS FC (GS)
15 April : Perak (GL)
19 April : T-Team (GS)
10 Mei : Singapore Lions XII (GL)
17 Mei : Pahang (GS)
24 Mei : Selangor (GL)
10 Jun : Sime Darby FC (GS)
14 Jun : Terengganu (GS)
17 Jun : ATM FA (GL)
21 Jun : Kelantan (GS)
25 Jun : Sarawak (GL)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa