Nuffnang Ads

Sabtu, 18 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan PKNS FC

Pasukan PKNS FC merupakan antara kelab yang akan bersaing dalam Liga Super 2014. Walaupun berstatus kelab, pasukan yang diberi gelaran Semut Api ini mampu melakar kejutan demu kejutan dalam saingan Liga Super 2014 akan datang. Di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru iaitu Wan Jamak Wan Hassan, pasukan PKNS FC mempunyai barisan pemain serba boleh dan berbakat. Antaranya pemain muda yang pernah beraaksi di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor, Helmi Rameli serta gandingan mantap 2 penyerang import iaitu Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia) serta peledak berbisa Croatia, Karlo Primorac di jentera serangan. Gandingan pemain import berkualiti serta pemain tempatan mampu mendatangkan gerun kepada pasukan lawan.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan PKNS dilihat mampu bersaing musim ini dengan kesungguhan serta kemantapan setiap pemain di posisi masing-masing. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 bagi pasukan PKNS FC :

Pusingan Pertama
18 Januari : Terengganu (GL) 
24 Januari : ATM FA (GS)
28 Januari : Kelantan (GL)
7 Februari : Sarawak (GS)
14 Februari : Sime Darby FC (GS)
8 Mac : Perak (GL)
15 Mac : T-Team (GS) 
22 Mac : Singapore Lions XII (GL) 
25 Mac : Pahang (GS)  
29 Mac : Selangor (GL)
5 April : Johor Darul Takzim FC (GS)

Pusingan Kedua
12 April : Johor Darul Takzim FC (GL)
15 April : Terengganu (GS)
19 April : ATM FA (GL)
10 Mei : Kelantan (GS)
17 Mei : Sarawak (GL)
24 Mei : Sime Darby FC (GL)
10 Jun : Perak (GS) 
14 Jun : T-Team (GL)
17 Jun : Singapore Lions XII (GS) 
21 Jun : Pahang (GL)
25 Jun : Selangor (GS)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa