Nuffnang Ads

Khamis, 9 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Kelantan

Saingan musim baru Liga Malaysia 2014 dijangka sengit dengan setiap pasukan yang bersaing memperkemas dan memantapkan pasukan masing-masing dengan barisan pemain tempatan serta 4 tenaga import berkualiti. Saingan Liga Super 2014 menyaksikan sebanyak 12 pasukan akan bersaing dengan juara musim Liga Super 2013, iaitu pasukan jemputan Singapore Lions XII pastinya menghadapi saingan sukar mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu. Antara pasukan yang pastinya menjadi pilihan menjuarai Liga Super 2014 akan datang ialah pasukan Kelantan atau The Red Warriors di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru iaitu Steve Darby yang menggantikan Ketua Jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak.

Walaupun kehilangan sebahagian daripada tonggak pemain musim lalu, Kelantan tetap dilihat antara pencabar utama di mana barisan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda dan import berkualiti pastinya memberikan cabaran getir kepada pasukan-pasukan lain. Gandingan pemain-pemain berpengalaman seperti Ketua Pasukan yang juga pemain terbaik Liga Malaysia 2013, Mohd. Badhri Mohd. Radzi atau Piya, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree Ishak dan Ahmad Fakri Shaarani serta pemain-pemain import berkualiti seperti Obinha Nwaneri (NIgeria), Francis Forkey Doe (Liberia), Muhammad Ghaddar (Lubnan) dan bekas pemain antarabangsa Mesir, Mohamad Shawky pastinya menjadikan pasukan Kelantan antara pilihan mencabar kejuaraan musim 2014. 

Selain itu, pemain-pemain muda seperti Wan Zaharul Nizam, Khairul Nizam Rosli  dan pemain-pemain baru seperti Amar Rohidan, Ahmad Shakir Ali, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Nazri Ahmad pastinya bakal membentuk gandingan mantap untuk pasukan Kelantan. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kelantan merupakan pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Super 2014 walaupun kehilangan sebahagian besar pemain-pemain utama musim lalu. Berikut adalah jadual perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dalam Liga Super 2014 akan datang : 

PUSINGAN PERTAMA 


PUSINGAN KEDUA


* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa