Nuffnang Ads

Sabtu, 25 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan Kedah

Sepak mula Liga Premier 2014 telahpun bermula pada 24 Januari 2014 lalu. 12 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara selain merebut 2 slot pasukan ke Liga Super 2015. Pasukan Kedah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih serta bekas penyerang import Selangor satu ketika dahulu iaitu Dave Mitchell merupakan antara pasukan pilihan untuk bersaing merebut gelaran juara Liga Premier 2014 akan datang.

Dibarisi oleh pemain-pemain tempatan seperti Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Khairil Helmi Johari, Shafizan Hashim dan ramai lagi beserta 4 gandingan pemain import iaitu Adam Griffits (Australia), Billy Mehmet (England), Jose Franco Gomez (Spain) dan Adriano Pellegrino (Australia) pastinya menjadikan pasukan Sang Kenari mantap bagi musim Liga Malaysia 2014 ini.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kedah mampu melangkah jauh dalam saingan Liga Premier 2014 jika segala perancangan strategi dan taktikal pasukan berhasil. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 bagi pasukan Kedah Darul Aman :

Pusingan Pertama

24 Januari : Perlis (GS)
27 Januari : DRB Hicom FC (GL)
7 Februari : PBAPP FC (GS)
10 Februari : Felda United FC (GL)
14 Februari : Negeri Sembilan (GS)
7 Mac : Sabah (GL)
14 Mac : SPA FC (GL)
21 Mac : Johor Darul Takzim FA (GS)
24 Mac : Pulau Pinang (GL)
28 Mac : PDRM FA (GS)
4 April : UiTM FC (GL)

Pusingan Kedua
11 April : UiTM FC (GS)
14 April : Perlis (GL)
18 April : DRB Hicom FC (GS)
9 Mei : PBAPP FC (GL)
16 Mei : Felda United FC (GS)
23 Mei : Negeri Sembilan (GL)
9 Jun : Sabah (GS)
13 Jun : SPA FC (GS)
16 Jun : Johor Darul Takzim FA (GL)
20 Jun : Pulau Pinang (GS)
24 Jun : PDRM FA (GL)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa