Nuffnang Ads

Selasa, 28 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan Negeri Sembilan

Pasukan Negeri Sembilan di bawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Singapore Lions XII, V. Sundramoorthy merupakan salah satu pasukan pilihan utama untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Premier 2014 selain 2 slot ke Liga Super 2015. Cabaran utama pasukan Negeri Sembilan ialah pasukan Kedah, Felda United, PDRM FA, Pulau Pinang, Johor Darul Takzim II dan Sabah manakala cabaran pasukan seperti KL DRB Hicom FC, SPA FC, UiTM FC, Perlis dan PBAPP FC tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan Negeri Sembilan.

Musim 2014 ini pasukan Negeri Sembilan pastinya ingin melupakan kekecewaan musim lalu apabila menduduki tempat tercorot Liga Super 2013 selain gagal melangkah jaun dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia 2013. Diperkuatkan dengan kehadiran semula bekas penyerang berbisa mereka, Effa Owana (Cameroon) selain 3 lagi bintang import berkualiti beserta barisan-barisan pemain tempatan, Negeri Sembilan dijangka dapat memberikan saingan seterusnya mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak Skuad Si Rusa ini.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Negeri Sembilan mampu memberikan saingan sengit dalam perebutan gelaran juara selain 2 slot pasukan ke Liga Super 2015 jika segala perancangan taktikal serta strategi berpasukan menjadi. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 bagi pasukan Negeri Sembilan :  

Pusingan Pertama

24 Januari : DRB Hicom FC (GS)
27 Januari : PBAPP FC (GL)
7 Februari : Felda United FC (GS)
10 Februari : Sabah (GL)
14 Februari : Kedah (GL)
7 Mac : SPA FC (GS)
14 Mac : Johor Darul Takzim FA (GL)
21 Mac : Pulau Pinang (GS)
24 Mac : PDRM FA (GL)
28 Mac : UiTM FC (GS)
4 April : Perlis (GL)

Pusingan Kedua
11 April : Perlis (GS)
14 April : DRB Hicom FC (GL)
18 April : PBAPP FC (GS)
9 Mei : Felda United FC (GL)
16 Mei : Sabah (GS)
23 Mei : Kedah (GS)
9 Jun : SPA FC (GL)
13 Jun : Johor Darul Takzim FA (GS)
16 Jun : Pulau Pinang (GL)
20 Jun : PDRM FA (GS)
24 Jun : UiTM FC (GL)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa