Nuffnang Ads

Selasa, 28 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan Felda United FC

Pasukan KL Felda United FC pastinya ingin melupakan kekecewaan musim lalu apabila tersungkur ke saingan Liga Premier 2014 setelah menamatkan saingan Liga Super 2013 di kedudukan ke 11 di belakang pasukan T-Team. Musim ini, pasukan Felda United membuat rombakan dengan melantik bekas Ketua Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim selaku pengendali baru. Selain itu, pasukan Felda United FC juga berbelanja besar mendapatkan pemain-pemain terbaik seperti Indra Putra Mahyuddin, Shukor Adan, Farizal Harun, Shahrulnizam Mustapa, K.Solihin serta pemain-pemain import iaitu Zah Ran Krangar (Liberia), Edward Junior Wilson (Liberia) dan Yaroslav Krushelnitskiy (Uzbekistan) bagi memperkuatkan pasukan.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan Liga Premier 2014 sangat menarik dan peluang pasukan Felda United untuk merebut kejuaraan selain 2 slot ke Liga Super 2014 bergantung kepada keputusan perlawanan yang mereka hadapi kelak. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 bagi pasukan Felda United FC :

Pusingan Pertama

24 Januari : PBAPP FC (GS)
27 Januari : Sabah (GL)
7 Februari : Negeri Sembilan (GS)
10 Februari : Kedah (GS)
14 Februari : SPA FC (GL)
7 Mac : Johor Darul Takzim FA (GS)
14 Mac : Pulau Pinang (GL)
21 Mac : PDRM FA (GS)
24 Mac : UiTM FC (GL)
28 Mac : Perlis (GS)
4 April : DRB Hicom FC (GL)

Pusingan Kedua
11 April : DRB Hicom FC (GS)
14 April : PBAPP FC (GL)
18 April : Sabah (GS)
9 Mei : Negeri Sembilan (GS)
16 Mei : Kedah (GL)
23 Mei : SPA FC (GS)
9 Jun : Johor Darul Takzim FA (GL)
13 Jun : Pulau Pinang (GS)
16 Jun : PDRM FA (GL)
20 Jun : UiTM FC (GS)
24 Jun : Perlis (GL)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri

GL : Gelanggang Lawan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa