Nuffnang Ads

Sabtu, 25 Januari 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2014 - 24 & 25 Januari 2014

Perlawanan kedua Liga Super 2014 berlangsung pada 24 dan 25 Januari 2014 (Jumaat & Sabtu) di mana 12 pasukan dalam saingan Liga Super bersaing pada perlawanan kedua. Pasukan-pasukan pilihan seperti Johor Darul Takzim FC, Selangor, Kelantan, Pahang dan Terengganu pastinya ingin mencari kemenangan kedua bagi mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super 2014. Pasukan Juara bertahan Liga Super 2013, Singapore Lions XII bersama-sama pasukan Perak, T-Team, Sarawak dan Sime Darby pastinya berusaha mencari kemenangan bagi bersaing dalam Liga Super 2014 ini.

Pasukan PKNS FC berjaya mencapai kemenangan pertama di laman sendiri semalam apabila berjaya menundukkan pasukan ATM FA dengan jaringan tipis 1-0. Berikut adalah keputusan perlawanan kedua Liga Super 2014 yang berlangsung pada 24 dan 25 Januari 2014 :

24 Januari 2014 (Jumaat)

PKNS FC lwn ATM FA (1-0)
PKNS FC : Patrick Ronaldinho Wleh

25 Januari 2014 (Sabtu)

Singapore Lions XII lwn Selangor (2-1)
Lions XII : Shakir Hamzah, Khairul Amri
Selangor : Fitri Syazwan

Sarawak lwn Kelantan (0-1)
Kelantan : Francis Forkey Doe

T-Team lwn Johor Darul Takzim FC (1-0)
T-Team : Patrich Wanggai

Sime Darby FC lwn Pahang (1-0)
Sime Darby FC : Fahrul Razi Kamaruddin

Perak lwn Terengganu (1-0)
Perak : Eliel Da Cruz

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa