Nuffnang Ads

Selasa, 28 Januari 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2014 - 28 Januari 2014

Liga Super 2014 telah memasuki perlawanan yang ketiga bagi setiap pasukan. Dengan pasukan Kelantan The Red Warriors menjadi pasukan tunggal yang berjaya mengekalkan rekod 100% dalam 2 perlawanan. 10 pasukan lain telah berjaya mencatat kemenangan manakala pasukan Sarawak pula menjadi satu-satunya pasukan yang masih gagal mengumpul sebarang mata. 

Pada hari ini berlangsung 6 perlawanan di mana satu perlawanan telah diadakan di sebelah petang antara pasukan Selangor The Red Giant bertemu pasukan Pahang The Elephant di mana Selangor berjaya mencuri 3 mata berharga menewaskan Pahang dengan jaringan tipis 1-0. Gol dijaringkan oleh pemain import berbisa dari Brazil, Paolo Rangel. 5 lagi perlawanan berlangsung malam ini. Berikut adalah keputusan perlawanan ketiga Liga Super 2014 yang berlangsung pada 28 Januari 2014 :

Selangor lwn Pahang (1-0)
Selangor : Paolo Rangel

Kelantan lwn Selangor PKNS FC (1-2) 
Kelantan : Ahmad Fakri
PKNS FC : Fauzan, Aminuddin

ATM FA lwn Perak (1-0)
ATM FA : Juan Manuel Arostegui

Johor Darul Takzim FC lwn Singapore Lions XII (2-2)
JDT FC : Luciano Figeroa, Pablo Aimar
Lions XII : Khairul Amri, Hafiz Sujad

Sarawak lwn Sime Darby FC (3-0)
Sarawak : Joseph Kalang Tie, Gabor Gyepes, Milorad Janjus

Terengganu lwn T-Team (2-0) 
Terengganu : Marcio Da Souza, Ashaari 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa