Nuffnang Ads

Isnin, 20 Januari 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2014 - 17 & 18 Januari 2014

Liga Super Malaysia 2014 telahpun bermula dengan perlawanan pertama adalah di antara Juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII menentang Juara Piala Malaysia 2013, Pahang di Stadium Darul Makmur, Pahang bagi merebut Piala Sultan Hj. Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014 pada 17 Januari 2014. Perlawanan ini menyaksikan pasukan Pahang merangkul kejuaraan sekaligus mengutip 3 mata berharga hasil jaringan penyerang import berbisa mereka dari Argentina, Matias Conti. 

5 lagi perlawanan berlangsung pada 18 Januari 2014 menyaksikan semua pasukan tuan rumah berjaya menewaskan lawan masing-masing dengan kelebihan 2 jaringan gol. Pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim FC menewaskan Perak 2-0, Selangor menewaskan T-Team juga dengan 2-0, Terengganu menewaskan PKNS FC 2-1, ATM FA menewaskan Sarawak dengan 2-0 manakala Kelantan berjaya menewaskan Sime Darby FC 2-1. 

Apa yang menarik adalah dari 13 jaringan yang terhasil, 10 gol dijaringkan oleh pemain import iaitu 2 gol masing-masing oleh Paolo Rangel (Selangor), Muhammad Ghaddar (Kelantan) dan Mamadou Hady Barry (Terengganu) manakala masing-masing satu oleh Marlon Alx James (ATM FA), Matias Conti (Pahang), Hamka Hamzah (PKNS FC) dan Luciano Figeroa (JDT FC). 3 pemain tempatan yang menjaringkan gol ialah Christie Jayaseelan (ATM FA), Mohd. Amri Yahya (JDT FC) dan Fazli Shaari (Sime Darby FC). 4 pasukan belum menghasilkan jaringan iaitu Perak, Sarawak, T-Team dan Singapore Lions XII. Berikut ialah keputusan perlawanan pertama Liga Super 2014 :

17 Januari 2014 (Jumaat)
Pahang lwn Singapore Lions XII (1-0)
Pahang : Matias Conti

18 Januari 2014 (Sabtu)
Selangor lwn T-Team (2-0)
Selangor : Paolo Rangel

Terengganu lwn PKNS FC (2-1)
Terengganu : Mamadou Hady Bary (2)
PKNS FC : Hamka Hamzah

Johor Darul Takzim FC lwn Perak (2-0)
JDT FC : Amri Yahyah, Luciano Figeroa

Kelantan lwn Sime Darby FC (2-1)
Kelantan : Muhammad Ghaddar (2)
Sime Darby FC : Fazli Shaari

ATM FA lwn Sarawak (2-0)
ATM FA : Christie Jayaseelan, Marlon Alex James

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa