Nuffnang Ads

Sabtu, 4 Januari 2014

Bola Sepak : Ketua Pasukan bagi Pasukan Liga Super 2014

Liga Malaysia 2014 akan bermula pada 17 Januari 2014 dengan perlawanan pertama ialah perebutan Piala Sultan Hj. Ahmad Shah antara juara Liga Super 2013, Singapore Lion XII dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang manakala pada 18 Januari pula sepak mula Liga Super 2014 akan berlangsung. Sehingga kini setiap pasukan dalam fasa persiapan terakhir di mana senarai pemain pasukan telahpun dimuktamadkan melibatkan pemain tempatan dan 4 pemain import. Setiap Ketua Jurulatih juga telah memilih pemain yang bakal menjadi ketua pasukan memimpin pasukan di padang. 

Pada pandangan Bual Sukan, peranan yang dimainkan oleh Ketua Pasukan amat penting di mana beliau pastinya menjadi contoh kepada pemain-pemain lain dalam kesebelasan utama. Berikut adalah senarai 12 Ketua Pasukan bagi Pasukan Liga Super 2014 akan datang :


Singapore Lions XII : Isa Halim 
Selangor :Mohd. Bunyamin Omar
Johor Darul Takzim FC : Aidil Zafuan Abdul Razak
Kelantan :Mohd. Badhri Radzi
ATM FA : Hairuddin Omar
Pahang : Razman Roslan
Perak : Mohd. Hardi Ahmad
PKNS FC : Mohd. Fauzan Dzulkifli 
Terengganu : Ismail Faruqi Asha'ri
T-Team : Mohd. Faizal Muhammad
Sarawak :Joseph Kalang Tie
Sime Darby FC : Juzaili Samion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa