Nuffnang Ads

Rabu, 22 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan Felda United Musim 2014

Pasukan Felda United pastinya ingin melupakan musim mengecewakan tahun 2013 apabila mereka tersingkir ke saingan Liga Premier 2014 dengan memberi fokus utama membentuk sebuah pasukan mantap menghadapi Liga Malaysia 2014. Perlantikan bekas Ketua Jurulatih Selangor musim lalu, Irfan Bakti Abu Salim selaku pengendali baru pasukan jelas menunjukkan betapa seriusnya pengurusan pasukan Felda United kembali ke saingan Liga Super 2015 akan datang.

Dengan membawa masuk ramai pemain-pemain baru seperti Shukor Adan, Indra Putra Mahyuddin, Farizal Harun, K.Solehin, Shahrulnizam Mustapha, Shahurain Abu Samah, K.Thanaraj dan pemain-pemain tempatan lain serta pemain-pemain import berkualiti seperti Zah Ran Krangar (Liberia), Edward Junior Wilson (Liberia) dan Yaroslav Krushelnitskiy (Uzbekistan), Bual Sukan berpandangan pasukan Felda United merupakan antara pilihan utama mencuri 2 slot utama ke saingan Liga Super 2015 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain Felda United bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol:
Mohd Farizal Harun, Mohamad Soffuan Tawil, Md Fairul Azwan Shahrullai

Pertahanan:

Mohd Shukor Adan (kapten), Hasnizaidi Jamian, Mohd Nasriq Baharom, Mohd Rahman Zabul, Adib Aizudddin Ab Latiff, Yaroslav Krushelnitskiy, Qhairul Anuar Roslani, Mohammad Khairul Ismail, Mohd Aizulridzwan Razali

Tengah:

Indra Putra Mahayuddin (penolong kapten), Shahrulnizam Mustapa, Shahurain Abu Samah, Zah Rahan Krangar, K. Thanaraj, Mohd Syahid Zaidon, K. Solihin, Ahmad Syamim Yahya

Penyerang:


Mohamad Arif Mat Asin, Edward Junior Wilson, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Abdul Latiff Suhaimi, Md Asyraf Mohd Al Japri

2 ulasan:

  1. helmi eliza bknya msuk felda united kea??

    BalasPadam
  2. i like you felda

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa