Nuffnang Ads

Isnin, 6 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan Johor Darul Ta'zim II Musim 2014

Sepak mula Liga Premier Malaysia 2014 akan bermula pada 24 Januari 2014 di mana saingan liga tahun ini melibatkan 13 pasukan. Antara pasukan pilihan untuk mara ke Liga Super 2015 ialah Johor Darul Ta'zim II atau JDT II di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Azmi Mohamed. Pada musim Liga Premier 2013 yang lalu, pasukan JDT II sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketiga di belakang Sarawak dan Sime Darby FC.

Bagi saingan Liga Premier 2014 ini, pasukan JDT II telah membuat persiapan rapi dengan menandatangani bekas Ketua Pasukan Singapore Lions XII, Shahril Ishak selain bekas pemain bawah 23 tahun Sepanyol, Braulio Nobrega. 2 lagi pemain import yang akan bermain dengan JDT II ialah Juan Manuael Carrasco (Sepanyol) dan Nicolas Delmonte (Argentina). 

Pada pandangan Bual Sukan, saingan merebut 2 tempat ke Liga Super 2015 dijangka sengit dengan JDT II adalah antara calon pasukan yang bakal menyerlah dalam Liga Premier 2014 akan datang. Berikut adalah senarai nama pemain JDT II bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol
K.Sasikumar, Zulfadhli Mohamed, Judtanna Eh Put, Mohd. Syafizullah Abdul Wahab

Pertahanan
Mohd. Afiq Mohd. Amin, Muhd. Zameer Zainun, Juan Manuel Carrasco (Sepanyol), Rozaiman Roslan, Rizal Ismail, Mohd. Hairul Nizam Haniff, Che Rashid Che Ismail

Tengah
Mohd. Hasyafiq Hamzah, Nicolas Delmonte (Argentina), See Kok Luen, Mohd. Azinee Taib, Shahril Ishak (Singapura), Shahrudin Yakup, Mohd. Alif Mohd. Yusof, Mohd. Syafuan Riduwan, Mohd. Yusof Zainal Abidin
Penyerang
Zaquan Adha, Braulio Nobrega (Sepanyol), Muhammad Nursalam Zainal Abidin, Fandi Ahmad, Khairul Azhar Eldros, Mohd. Rafiq Mohd. Rahim, Muhamad Akmal Ishak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa