Nuffnang Ads

Khamis, 2 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan KL SPA FC Musim 2014


Musim ini merupakan musim kedua pasukan KL SPA FC akan bersaing dalam Liga Premier 2014 setelah berjaya menamatkan saingan Liga Premier 2013 di kedudukan kelapan daripada 12 pasukan mengatasi saingan Perlis, UiTM FC, Kuala Lumpur dan NS Betaria. Dalam saingan musim ini, KL SPA FC telah melantik Mohd. Shah Nobit selaku Ketua Jurulatih bagi membimbing pasukan yang rata-ratanya dibarisi oleh kakitangan kerajaan. 

KL SPA FC juga tidak ketinggalan mengambil 3 pemain import bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan serba mencabar musim 2014. Trio import tersebut iaitu 2 dari Perancis dan seorang dari Korea Selatan dijangka membantu pasukan untuk terus bersaing di kelompok pasukan Liga Premier 2014 selain mengekalkan pasukan dalam saingan Liga Premier 2015 akan datang. Tiga import tersebut adalah, Eddy Rudy Viator (Perancis) yang bermain di posisi pertahanan, Shin Hyun Jun (Korea Selatan) di posisi tengah serta Nicoise Joseph (Perancis) yang beraksi di posisi penyerang.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan KL SPA FC dijangka akan kekal di Liga Premier 2015 selain berusaha mencabar pasuka-pasukan pilihan lain dengan memberikan persembahan terbaik untuk saingan Liga akan datang. Berikut adalah senarai pemain KL SPA FC untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang :     

Penjaga Gol
Mohd Nuraizat Abdul Aziz. Mahathir bin Mohammad, Izzat bin Abdul Rahim

Pertahanan
Sazali bin Suwandi, Muzammer bin Mohamad Zaki, Puvana Rajah a/l Arumugam, Eddy Rudy Viator (Perancis), Muhamad Fiqri Azwan bin Ghazali, Ahmad Rafiuddin bin Yusof, Mohamed Aslam bin Haja Najumuden, Mohd Hafiszuan bin Salehuddin

Tengah
Mohd Nor bin Ismail, Raja Mohd Hafillah bin Raja Mamat, Khairil Anuar bin Khalid, Muhammad Fikri bin Elhan, Shin Hyun Joon (Korea), Mohd Rosdi bin Zakaria, Fadzly Iskandar bin Adnan, Norfahmie Hadzrin bin Nordin, Mohd Arsyah bin Mohd Ayob

Penyerang
Mohammad Hakim bin Zainal, Mohd Haniffuddin bin Abdul Rahman, Muhammad Asyidi Di Ashar bin Yusof, Khairol Azy bin Abdul Rahman, Nur Shamie Iszuan bin Amin, Mickael Nicoise Joseph (Dawood) (Perancis), Khairul Izwan bin Khalid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa