Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan mana bakal mencabar kejuaraan Liga Premier 2014?

Sepak mula Liga Premier 2014 telahpun berlangsung pada 24 Januari 2014 di mana 12 pasukan akan bersaing merebut 2 slot ke Liga Super 2015 selain mencabar kejuaraan Liga Premier 2014. Saingan tahun ini menyaksikan 2 pasukan yang beraksi dalam Liga Super 2013 iaitu Felda United FC dan Negeri Sembilan serta 2 pasukan Liga FAM 2013 iaitu Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) akan bersaing dengan 8 pasukan musim lalu iaitu Johor Darul Takzim II, Kedah, Sabah, KL DRB Hicom FC (dulunya dikenali dengan nama Pos Malaysia FC), PDRM FA, SPA FC, UiTM FC dan Perlis bersaing dalam Liga Premier 2014.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan perebutan juara serta 2 slot ke Liga Super 2014 adalah sengit dengan pasukan-pasukan seperti Felda United, Negeri Sembilan, Johor Darul Takzim II, Kedah, Sabah, PDRM FA dan Pulau Pinang dijangka bersaing sengit tahun ini. Walaubagaimanapun kemampuan pasukan DRB Hicom FC, SPA FC, UiTM FC, Perlis dan PBAPP FC tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan-pasukan pilihan. Semoga peminat bola sepak tempatan dapat disajikan dengan aksi menarik dan mantap setiap pasukan dalam saingan musim ini. Semoga berjaya kepada semua pasukan yang bersaing.

Pasukan mana bakal mencabar kejuaraan Liga Premier 2014?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa