Nuffnang Ads

Khamis, 23 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan PDRM FA Musim 2014

Pasukan PDRM FA merupakan antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan Liga Premier 2014. Pelantikan bekas Ketua Jurulatih Pahang musim lalu, Dollah Salleh selaku pengendali pasukan musim ini jelas menunjukkan kesungguhan pasukan PDRM FA bersaing merebut tempat ke saingan Liga Super 2015. Ditambah pulu dengan kehadiran pemain-pemain tempatan dan juga bekas pemain kebangsaan seperti Helmi Eliza, Sabre Mat Abu, Muslim Ahmad, Bobby Gonzales, V.Thirumurugan serta pemain import berkualiti seperti tonggak pertahanan dari Brazil, Rafael Souza, pemain berpengalaman Maldivies, Ali Ashfaq, peledak dari Brazil Charles Souza Chad menunjukkan betapa seriusnya pengurusan pasukan PDRM FA menghadapi musim serba mencabar tahun ini.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan PDRM FA mampu memberikan saingan sengit merebut 2 slot ke Liga Super 2015 akan datang sekiranya segala perancangan taktikal dan strategi pasukan berkesan. Berikut adalah senarai nama pemain pasukan PDRM FA bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol
1 Mohd Helmi Eliza, 21 Azizon Abdul Kadir, 22 Willfred Jabun

Pertahanan
2 Mohd Sabre Mat Abu, 3 Arman Fareez, 4 Rafael, 5 Mohd Fadhil, 6 Mohd Munir Amran, 13 Abdul Wahab, 15 Mohd Fazilidin Khalid, 16 Mohd Shahril, 17 Thirumurugan, 18 Wan Zaman, 19 Mohd Afif Amiruddin, 23 Mohd Fekry Tajudin, 24 Mohamad Muslim

Tengah
7 Ali Ashfaq, 8 Ahmed Ezrie, 12 Mohd Hazuan, 15 Mohd Fazilidin, 25 Azi Shahril Azmi, 26 Mohamadou

Penyerang
9 Bobby Gonzales, 10 Charles Souza Chad, 11 Khairul Izuan, 14 Mohd Alafi Mahmud, 20 Mohd Saufi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa