Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan Perlis Musim 2014

Pasukan Perlis di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Reduan Abdullah pastinya ingin menjadikan tahun 2014 sebagai platfom semula kebangkitan bolasepak Perlis yang suatu ketika dahulu merupakan antara pasukan hebat dalam Liga Malaysia. Pasukan Perlis 2014 jelas menunjukkan keazaman yang tinggi apatah lagi dengan pengurusan serta staf kejurulatihan baru yang dilihat mampu memberikan sinar kepada bola sepak Perlis.

Bagi musim 2014 akan datang, pasukan Perlis dengan gelaran pasukan Singa Utara bakal diperkuatkan dengan 4 pemain import berkualiti iaitu Wittawin Clowuttiwat (Thailand), Mourad Faris (Maghribi), Gonzalo Garavano (Argentina) dan Dao Bakary (Ivory Coast). Dengan gandingan pemain-pemain ini serta barisan pemain tempatan, pasukan Singa Utara dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada 11 pasukan lain dalam Liga Premier 2014 akan datang.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Perlis mampu bersaing di kelompok 6 pasukan terbaik dan tidak mustahil 2 tiket ke Liga Super 2015 mampu diraih oleh pasukan Perlis. Berikut adalah senarai pemain pasukan Singa Utara bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol :
Mohd Zahid Ahmad, Mohd Amirul Abu Seman, Mohd Zairi Hafiezi Idris

Pertahanan :
Arman Zairi Md Johan, Wittawin Clowuttiwat, Muhd Elfie Elyaz Harizam, Ahmad Amizul Mohd Akhir, Mohd Faizal Nasir, Mohd Khairi Zainuddin, Farouk Hashim, Mohd Fitri Jamaludin, S Suvinart

Tengah :
Hadi Syahmi Hamzah, Muhd Nasri Ahmad Thauhid, Norismaidham Ismail, Mourad Faris, Muhd Hardi Ahmad, Mohd Ikmal Ibrahim, Rosli Muda, Hizbullah Awang, Mohd Syafiq Azmi, Mohd Arfan Rashid

Penyerang :
  Mohd Farizal Rozali, Gonzalo Garavano, Dao Bakary, Fazuan Abdullah, Mohd Amri Fazal Mat Nor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa