Nuffnang Ads

Khamis, 23 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan Pulau Pinang Musim 2014

Pasukan baru Liga Premier 2014, Pulau Pinang atau Harimau Kumbang pasttinya ingin menjadikan tahun 2014 sebagai tahun kebangkitan semula pasukan yang suatu ketika dahulu merupakan antara pasukan terbaik Liga Malaysia sebelum mengalami kemerosotan prestasi. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, K.Devan pasukan Harimau Kumbang pastinya ingin membuktikan sesuatu kepada peminat bola sepak tempatan bahawa mereka mampu bangkit musim ini.

Bakal diperkuatkan dengan pemain-pemain tempatan seperti Rafiuddin Rodin, Yong Kuan Yong, G.Jeevanathan, G.Mathevan, Mohd. Norizam Salaman, Zamri Chin serta 4 tenaga import iaitu Lee Kwang-Hyun dan Lee Kil-Hoon dari Korea Selatan serta Hilton Moreira (Brazil) dan Titi Buengo (Angola) pasukan the Panthers pastinya menjanjikan saingan sengit dalam Liga Premier 2014.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan pasukan Pulau Pinang tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan-pasukan lain kerana mereka pastinya ingin bangkit dari kemerosotan dengan memberikan persembahan terbaik dalam Liga Malaysia 2014. Berikut adalah senarai pemain pasukan Pulau Pinang bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang : 

Penjaga Gol
Amir Omar Khata, Khairul Amri Salehuddin, G.Jeevananthan

Pertahanan
Lee Kwang-Hyun, Muhd Redzuan Suhaidi, Ismail Suboh, Fakhrul Radzi Yaacob, Suhaidi Akmal, Kamarul Hesam Kadri, Darwira Sazan, Shafiq Safaruddin, Hariri Mohd Safii, Henry Lew

Tengah
Lee Kil-Hoon, Elias Sulaiman, Khairan Eroza Razali, Mohd Zharif Hasna, Shazuan Ashraf Mathews, Rafiuddin Rodin, G. Mahathevan, Yong Kuan Yong

Penyerang
Titi Buengo, Hilton Moreira, Mohd Norizam Salaman, Mohd Baser Napae, Zamri Chin, Azizan Baba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa