Nuffnang Ads

Khamis, 23 Januari 2014

Bola Sepak : Pasukan Sabah Musim 2014

Pasukan Sabah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih baru yang juga bekas pemain import Sabah, Seslija Milomir pastinya ingin melupakan musim Liga Malaysia 2013 apabila sekadar menamatkan saingan Liga Premier 2013 di tangga ke 5 selain gagal melangkah ke saingan Piala Malaysia 2013. Musim Liga Malaysia 2014 ini, pasukan Sabah atau nam gelaran mereka The Rhinos pastinya akan memberikan saingan sengit kepada 11 pasukan lain dalam Liga Premier bagi merebut 2 slot ke Liga Super 2015.

Rombakan besar-besaran telah dilakukan oleh pasukan Sabah dengan membawa masuk pemain-pemain baru seperti A.Varathan, Rozaimi Abdul Rahman, Mohd. Farid Ideris, Mohd. Ezaidy Khadar serta pemain-pemain berpengalaman seperti Zainizam Marjan, Mohd. Reithaudin Awang Emran, Rosdin Wasli serta pemain-pemain anak tempatan yang lain. Musim 2014 juga menyaksikan Sabah bakal menggunakan 3 pemain import iaitu Marwan Sayedeh (Syria), Altin Grbovic (Serbia), Predrag Pocuca (Croatia), dan Srecko Mitrovic (Australia). Gandingan antara pemain tempatan dan import ini dijangka memberikan cabaran getir kepada pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Premier 2014 ini.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Sabah mampu mencabar kejuaraan musim ini jika segala perancangan strategi dan taktikal Ketua Jurulatih, Seslija Milomir menjadi selain gabungan dan komitmen mantap semua pemain dalam pasukan. Berikut adalah senarai pemain Sabah bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :   

Penjaga Gol
Mohd. Fazly Paat, Irwan Jamil, Mohd. Fazrul Iman Malan

Pertahanan
A.Varathan, Dendy Lowa, Predrag Pocuca, Mohd. Reithaudin Awang  Emran, Julamri Muhammad, Rawilson Batuil

Tengah:
Mohd. Ezaidy Khadar, Srecko Mitrovic, Rosdin Wasli, Isma Alif Mohd. Salim, Pritam Singh Charun Singh, Didie Arizal Ibrahim, Mohd. Shahrul Chankui, Maxsius Musa, Jenius Karib, Mohd. Redzuan Nawi

Penyerang
Rozaimi Abdul Rahman, Wan Mohd. Hoesne Wan Hussain, Zainizam Marjan, Rexjeson Pitrus, Sabri Sahar, Marwan mustafa Sayedeh, Mohd. Farid Ideris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa