Nuffnang Ads

Khamis, 23 Januari 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala Liga Inggeris 2013

Perlawanan pusingan separuh akhir Piala Liga Inggeris 2013 atau Capital One Cup 2013 telahpun berakhir di mana 2 pasukan iaitu Manchester City dan Sunderland mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac 2014 di Stadium Wembley. Pasukan pilihan Manchester City melangkah dengan penuh bergaya ke perlawanan akhir apabila membelasah kelab yang bergelut dengan penyingkiran iaitu West Ham United dengan keputusan 9-0 secara agregat. Pasukan The Citizens menang 6-0 pada separuh akhir pertama dan 3-0 pada separuh akhir kedua. 

Lawan pasukan Manchester City ialah pasukan Sunderland yang menunjukkan jalan keluar kepada pasukan Juara Liga Perdana 2013, Manchester United yang berdepan situasi sukar ketika ini. Mereka menang penentuan penalti 2-1 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 dalam perlawanan penuh dramatik dan mendebarkan. Pasukan Sunderland menewaskan Manchester United 2-1 pada separuh akhir pertama manakala pada separuh akhir kedua mereka tewas 1-2.   

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan bimbingan pengurus yang berasal dari Chile, Manuel Pallegrini jelas merupakan pilihan utama menjulang kejuaraan Piala Liga Inggeris 2013 berdasarkan aksi mantap serta keupayaan menjaringkan gol yang banyak melalui gandingan Sergio Aguero, Alvaro Negredo dan Edin Dzeko di samping mempunyai ramai pemain bintang berkelas dunia seperti Samir Nasri, Jesus Navas, Yaya Toure, Vincent Kompany, Fernandinho, Alaxander Kolarov, Pablo Zabaleta, Joe Hart, James Milner dan ramai lagi. 

Pasukan Sunderland di bawah bimbingan pengurus dari Uruguay, Gus Poyet pastinya akan berusaha membawa pasukan The Black Cats menjulang kejuaraan Piala Liga Inggeris 2013. Dengan semangat sepasukan yang tinggi, pasukan Sunderland mampu melakukan kejutan dalam perlawanan akhir akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa