Nuffnang Ads

Selasa, 28 Januari 2014

Football : The FA Cup 2013/2014 Fifth Round Draw

Piala FA England musim 2013/2014 telah memasuki pusingan kelima di mana 16 pasukan terbaik akan bersaing merebut 8 tiket ke pusingan keenam atau pusingan suku akhir. Pusingan kelima dijadualkan berlangsung pada 15 Februari 2014. Saingan pusingan kelima menyaksikan 4 pasukan pilihan utama iaitu Arsenal, Manchester City, Chelsea dan Liverpool diundi bertemu sesama sendiri dengan Arsenal dijadualkan bertemu Liverpool di Stadium Emirates manakala Manchester City bertemu Chelsea di Stadium Etihad.

Pasukan-pasukan dari Liga Perdana England yang masih bersaing adalah Sunderland yang dijadualkan bertemu Southampton, Everton bertemu Swansea, Hull City Tigers bertemu dengan Brighton & Hove Albion di gelanggang lawan, Cardiff bertemu dengan juara bertahan Wigan Athlethic manakala kelab Fulham atau Sheffield United diundi bertemu Nottingham Forest atau Preston North End. Satu lagi perlawanan pusingan kelima adalah di antara Kelab Liga Kejuaraan Sheffield Wednesday bertemu Charlton Athletic.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan pusingan kelima dijangka sengit apatah lagi melibatkan pertembuangan 4 kelab teratas Liga Perdana Inggeris. Kejutan pasti berlaku dalam saingan kalah mati ini dan tidak mustahil pasukan-pasukan lain mampu melakukan kejutan ke atas lawan masing-masing. Berikut adalah keputusan undian Pusingan Kelima Piala FA England 2013/2014 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Februari 2014 akan datang :

Manchester City vs Chelsea

Sheffield United vs Nottingham Forest

Arsenal vs Liverpool

Brighton & Hove Albion vs Hull City Tigers

Cardiff City vs Wigan Athletic

Sheffield Wednesday vs Charlton Athletic

Sunderland vs Southampton

Everton vs Swansea City

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa