Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Januari 2014

Hoki : Hoki Piala Dunia 2014

Pasukan Hoki Malaysia di bawah bimbingan bekas Ketua Jurulatih pasukan remaja kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah akan bersaing dalam Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei hingga 15 Jun 2014. 12 pasukan akan bersaing dalam kejohanan ini di mana pasukan-pasukan ini telah dibahagikan dalam dua kumpulan.

Dalam undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pasukan negara diundi dalam kumpulan A bersama-sama dengan pasukan nombor 1 dunia Australia, England, Belgium, India dan Sepanyol manakala saingan Kumpulan B pula menyaksikan pasukan Jerman diundi bersama-sama dengan pasukan tuan rumah Belanda, New Zealand, Korea Selatan, Argentina dan Afrika Selatan. 

Jika dilihat, berdasarkan kedudukan ranking semasa, pasukan negara merupakan pasukan yang berada di kedudukan paling bawah iaitu di ranking ke 13 dunia. Namun begitu, pada pandangan Bual Sukan, tidak mustahil pasukan negara mampu melakar kejutan pada kejohanan ini seperti mana yang dilakukan oleh pasukan hoki remaja negara yang menduduki tempat keempat pada Kejohanan Hoki Remaja Dunia di India Disember lalu. 

Dengan kesungguhan serta gandingan mantap pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda, pasukan negara mampu mempersembahkan persembahan terbaik dalam kejohanan ini. Berikut adalah kedudukan undian kumpulan serta jadual perlawanan Hoki Piala Dunia 2014 akan datang :

KUMPULAN A :






















31 Mei 2014 Sabtu)
Australia vs Malaysia
Belgium vs India
England vs Sepanyol

2 Jun 2014 (Isnin)
Australia vs Sepanyol
England vs India
Malaysia vs Belgium

5 Jun 2014 (Khamis)
Malaysia vs England
Belgium vs Australia
India vs Sepanyol

7 Jun 2014 (Sabtu)
Sepanyol vs Belgium
India vs Malaysia
England vs Australia

9 Jun 2014 (Isnin)
Australia vs India
Sepanyol vs Malaysia
Belgium vs England

KUMPULAN B :


1 Jun 2014 (Ahad)

Jerman vs Afrika Selatan
Belanda vs Argentina
New Zealand vs Korea Selatan

3 Jun 2014 (Selasa)
Afrika Selatan vs New Zealand
Jerman vs Argentina
Belanda vs Korea Selatan

6 Jun 2014 (Jumaat)
New Zealand vs Argentina
Korea Selatan vs Afrika Selatan
Jerman vs Belanda

8 Jun 2014 (Ahad)
New Zealand vs Jerman
Korea selatan vs Argentina
Afrika Selatan vs Belanda

10 Jun 2014 (Selasa)
Argentina vs Afrika selatan
Jerman vs Korea Selatan
New Zealand vs Belanda

* ( ) kedudukan ranking semasa FIH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa