Nuffnang Ads

Ahad, 26 Januari 2014

Tennis : Australian Open 2014 Winners

Kejohanan Grand Slam pertama tahun ini, Terbuka Australia 2014 telah berlangsung pada 13 - 26 Januari 2014 dengan jayanya. Kejohanan tahun ini menyaksikan banyak kejutan berlaku apabila juara bertahan kategori lelaki dan wanita iaitu Novak Djokovic (Serbia) dan Viktoria Azarenka (Belarus) tewas kepada lawan masing-masing di peringkat suku akhir. 

Kejohanan tahun ini menyaksikan Stanislas Wawrinka (Switzerland) merangkul kejuaraan Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya manakala Li Na (China) merangkul gelaran Grand Slam keduanya setelah muncul juara Terbuka Perancis pada 2011. Wawrinka menundukkan pemain nombor 1 dunia, Rafael Nadal (Sepanyol) dengan perlawanan 4 set 6-3, 6-2, 3-6 dan 6-3 manakala Li Na yang juga pilihan keempat menewaskan pemain Slovakia, Dominika Cibulkova yang melakuakn kejutan dengan keputusan 7-6 dan 6-0. Berikut adalah senarai pemenang 5 kategori utama Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2014 yang lalu :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa