Nuffnang Ads

Jumaat, 21 Februari 2014

Bola Sepak : Aidil Zafuan Abdul Razak Ketua Pasukan Baru Harimau Malaya

Teka-teki siapa yang bakal menggalas tugas selaku ketua pasukan Harimau Malaya terjawab akhirnya apabila Ketua Pasukan Johor Darul Ta'zim FC yang juga pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak telah dinamakan sebagai ketua pasukan baru menggantikan Safiq Rahim. Manakala penjaga gol nombor 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat dari pasukan Kelantan dilantik sebagai penolong ketua pasukan.

Pada pandangan Bual Sukan, pelantikan ini adalah tepat sesuai dengan pengalaman luas Aidil Zafuan di pentas bola sepak antarabangsa serta peringkat tempatan. Semoga Aidil Zafuan mampu menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya dengan jayanya selain membantu pasukan negara melangkah lebih jauh serta meningkatkan kedudukan ranking pasukan negara di masa akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa