Nuffnang Ads

Sabtu, 22 Februari 2014

Bola Sepak : Balang Undian Peringkat Kelayakan Piala Eropah 2016

Undian peringkat kumpulan bagi Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah iaitu Piala Eropah 2016 akan berlangsung pada 23 Februari di Nice. Kejohanan Piala Eropah 2016 akan dihoskan oleh pasukan Perancis selaku tuan rumah.

Undian pusingan kelayakan menyaksikan 55 pasukan akan diundi dalam 9 kumpulan. 53 pasukan ini diletakkan dalam 6 balang di mana balang 1 hingga balang 5 mempunyai 9 pasukan manakala balang 6 pula akan mempunyai 8 pasukan. Lapan kumpulan akan mengandungi 6 pasukan manakala satu lagi pasukan akan mengandungi 5 pasukan. Juara, naib juara setiap kumpulan akan layak secara automatik bersama dengan pasukan terbaik di tangga ketiga manakala 8 pasukan terbaik tangga ketiga akan bersaing dalam peringkat playoff bagi menentukan 4 lagi pasukan yang akan melangkah ke pusingan akhir Euro 2016 Perancis. Pusingan akhir Euro 2016 Perancis bakal melibatkan 24 pasukan.

Berikut adalah 6 balang undian yang menempatkan 53 buah negara-negara Eropah :

Balang 1 :
Sepanyol, Jerman, Belanda, Italy, England, Portugal, Greece, Russia, Bosnia and Herzegovina

Balang 2 :
Ukraine, Croatia, Sweden, Denmark, Switzerland, Belgium, Republik Czech, Hungary, Republik Ireland

Balang 3 :
Serbia, Turki, Slovenia, Israel, Norway, Slovakia, Romania, Austria, Poland

Balang 4 :
Montenegro, Armenia, Scotland, Finland, Latvia, Wales, Bulgaria, Estonia, Belarus

Balang 5 :
Iceland, Ireland Utara, Albania, Lithuania, Moldova, Macedonia, Azerbaijan, Georgia, Cyprus

Balang 6 :
Luxembourg, Kazakhstan, Liechtenstein, Faroe Island, Malta, Andorra, San Marino, Gilbraltar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa