Nuffnang Ads

Jumaat, 7 Februari 2014

Bola Sepak : Cabaran Harimau Muda B dalam Liga Singapura 2014

Pasukan Harimau Muda B di bawah kendalian Ketua Jurulatih Razip Ismail yang juga merupakan bekas pemain pertahanan kebangsaan dan Kuala Lumpur pastinya ingin menjadikan Liga Singapura musim 2014 sebagai satu medan kebangkitan setelah musim lalu sekadar menamatkan saingan di tangga ke 11 daripada 12 pasukan dalam Liga Singapura. Selain itu juga, Liga Singapura atau S-League ini pastinya menjadi medan pasukan muda negara menimba pengalaman berharga bagi mempersiapkan diri bagi mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. Pasukan ini merupakan pelapis pasukan negara di masa hadapan.

Saingan S-League 2014 akan datang melibatkan 12 pasukan termasuk pasukan Harimau Muda B dijadualkan bermula pada 21 Februari 2014 akan datang. Bual Sukan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Muda B dan semoga mereka mampu mempamerkan persembahan terbaik dalam saingan S-League 2014 akan datang. Berikut adalah 12 pasukan yang akan bersaing dalam S-League 2014 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa