Nuffnang Ads

Sabtu, 8 Februari 2014

Bola Sepak : Cabaran Harimau Muda A dalam Liga Australia 2014/2015

Pasukan bawah 23 tahun negara, Harimau Muda A musim ini akan bermain di Liga Australia Zon Queensland bagi musim 2014/2015 akan datang. Pasukan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang juga pemangku Ketua Jurulatih Harimau Malaya kini sedang giat menjalankan persiapan serta pemilihan pemain-pemain baru berikutan kehilangan begitu ramai pemain-pemain utama berikutan penghijrahan mereka ke pasukan-pasukan negeri dan kelab. Antaranya ialah ketua pasukan Harimau Muda A Irfan Fazail (JDT FC), penjaga gol utama Izham Termizi (JDT FC), pemain pertahanan kental Mohd. Fadli Shaas (JDT FC), trio penyerang berbisa Harimau Muda A, Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) dan A.Thamil Arasu (Selangor).

Harimau Muda A akan bersaing dengan 13 kelab lain dalam Liga Australia Zon Queensland musim 2014/2015 akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, penyertaan Harimau Muda A dalam Liga Australia Zon Queensland ini sedikit sebanyak membantu pasukan bawah 23 tahun negara mempersiapkan diri menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Ini juga merupakan antara satu pengalaman serta pendedahan berharga bagi pemain-pemain masa depan negara yang akan menggalas tugas selaku pemain skuad Harimau Malaya kelak. Semoga berjaya kepada pasukan Harimau Muda A dalam saingan Liga Australia Zon Queensland.

Berikut adalah 14 pasukan dalam Liga Australia Zon Queensland musim 2014/2015 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa