Nuffnang Ads

Selasa, 4 Februari 2014

Bola Sepak : Datuk Ong Kim Swee Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Teka-teki siapa yang bakal menggalas tugas serta mengisi kekosongan Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya yang ditinggalkan oleh Datuk K.Rajagopal akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia mengumumkan bahawa Datuk Ong Kim Swee akan diberi tanggungjawab selaku Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya. Pelantikan ini dibuat setelah rundingan mendapatkan jurulatih dari Perancis, Philippe Troussier menemui jalan buntu

Ujian pertama Datuk Ong Kim Swee selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya ialah membawa pasukan negara melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia apabila dijadualkan menentang Yemen di tempat lawan. Selain itu juga, pasukan negara juga akan berdepan dengan pasukan terbaik Asia Tenggara masa kini Filipina dalam satu perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac 2014 akan datang.

Datuk Ong Kim Swee pastinya akan memilih barisan pemain-pemain terbaik untuk Harimau Malaya dengan adunan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda bagi meningkatkan semula prestasi serta ranking pasukan negara ke tahap yang lebih cemerlang. Bual Sukan berpandangan, Datuk Ong Kim Swee mampu melakukan peningkatan kepada pasukan kebangsaan berdasarkan kemampuan beliau membentuk pasukan Harimau Muda A yang mantap. Semoga berjaya Bual Sukan ucapkan kepada Datuk Ong Kim Swee.   

2 ulasan:

  1. Adakah ini bermakna FAM tiada bajet atau tiada jurulatih asing berpengalaman yang mahu melatih pasukan Malaysia?

    BalasPadam
  2. FAM mungkin ada bajet tapi rundingan dengan coach Philippe Troussier menemui jalan buntu. FAM masih mencari Ketua Jurulatih tetap untuk Harimau Malaya.. Mungkin Ketua jurulatih asing atau Ketua jurulatih tempatan sama-sama kita tunggu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa