Nuffnang Ads

Rabu, 5 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan PDRM FA

Pasukan PDRM FA di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh pastinya menjadi antara pasukan yang wajar diberi tumpuan dalam saingan Liga Premier 2014 ini. Membariskan barisan pemain berpengalaman selain pemain import berkualiti menunjukkan betapa seriusnya pengurusan pasukan PDRM FA menghadapi saingan serba mencabar musim ini. Sasaran untuk mengisi slot 2 pasukan terbaik Liga Premier 2014 pastinya boleh dicapai berdasarkan prestasi semasa pasukan. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan PDRM FA mampu melangkah lebih jauh serta tidak mustahil mampu melangkah ke saingan Liga Super 2015 akan datang jika segala perancangan strategi dan taktikal pasukan menjadi. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 bagi pasukan PDRM FA :  

Pusingan Pertama

24 Januari : Johor Darul Takzim FA (GL)
27 Januari : Pulau Pinang (GS)
7 Februari : Sabah (GS)
10 Februari : UiTM FC (GL)
14 Februari : Perlis (GS)
7 Mac : DRB Hicom FC (GL)
14 Mac : PBAPP FC (GS)
 21 Mac : Felda United FC (GL)
24 Mac : Negeri Sembilan (GS)
28 Mac : Kedah (GL)
4 April : SPA FC (GS)

Pusingan Kedua

11 April : SPA FC (GL)
14 April : Johor Darul Takzim FA (GS)
18 April : Pulau Pinang (GL)
9 Mei : Sabah (GL)
16 Mei : UiTM FC (GS)
23 Mei : Perlis (GL) 
9 Jun : DRB Hicom FC (GS)
13 Jun : PBAPP FC (GL)
16 Jun : Felda United FC (GS)
20 Jun : Negeri Sembilan (GL)
24 Jun : Kedah (GS)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa