Nuffnang Ads

Khamis, 6 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan PBAPP FC

Pasukan PBAPP FC di bawah kendalian Ketua Jurulatih Ahmad Yunus Mohd. Alif merupakan antara 2 pasukan baru yang bakal bersaing dalam Liga Premier musim ini. Pasukan yang diberi gelaran The Waterboys ini pastinya berusaha memberikan saingan getir kepada 11 pasukan lain dalam Liga Premier. Pasukan PBAPP FC musim ini tidak menggunakan pemain import sebaliknya memberi kepercayaan kepada pemain-pemain tempatan beraksi menentang pasukan lain.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan PBAPP FC pastinya memberikan kesukaran kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Premier. Dengan semangat melawan yang jitu, tidak mustahil pasukan PBAPP FC mampu melakar kejutan demi kejutan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 membabitkan pasukan The Waterboys musim ini : 

Pusingan Pertama

24 Januari : Felda United FC (GL)
27 Januari : Negeri Sembilan (GS)
7 Februari : Kedah (GL)
10 Februari : SPA FC (GS)
14 Februari : Johor Darul Ta’zim II (GL)
7 Mac : Pulau Pinang (GS)
14 Mac : PDRM FA (GL)
21 Mac : UiTM FC (GS)
24 Mac : Perlis (GL)
28 Mac : DRB Hicom FC (GS)
4 April : Sabah (GS)

Pusingan Kedua

11 April : Sabah (GL)
14 April : Felda United FC (GS)
18 April : Negeri Sembilan (GL)
9 Mei : Kedah (GS)
16 Mei : SPA FC (GL)
23 Mei : Johor Darul Ta’zim II (GS)
9 Jun : Pulau Pinang (GL)
13 Jun : PDRM FA (GS)
16 Jun : UiTM FC (GL)
20 Jun : Perlis (GS)
24 Jun : DRB Hicom FC (GL)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa