Nuffnang Ads

Khamis, 6 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan Pulau Pinang

Pasukan Pulau Pinang yang juga merupakan Juara Liga FAM 2013 merupakan pasukan baru dalam saingan Liga Premier musim ini. Pasukan yang diberi gelaran Harimau Kumbang atau The Panthers ini akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih berpengalaman iaitu K.Devan. Ini menunjukkan betapa seriusnya pasukan Pulau Pinang untuk bangkit semula dalam saingan Liga Malaysia 2014. Diperkuatkan dengan barisan pemain-pemain tempatan selain pemain-pemain import yang berkualiti bagi musim 2014 ini, Pulau Pinang pastinya menyasarkan berada di kelompok 5 pasukan terbaik Liga Premier 2014.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Harimau Kumbang pastinya akan memberikan saingan menarik dalam Liga Premier musim ini. Dengan perancangan taktikal dan strategi pasukan yang berkesan mampu membawa skuad Pulau Pinang kembali ke zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 melibatkan pasukan Pulau Pinang : 

Pusingan Pertama

24 Januari : Sabah (GS)
27 Januari : PDRM FA (GL)
7 Februari : UiTM FC (GS)
10 Februari : Perlis (GL)
14 Februari : DRB Hicom FC (GS)
7 Mac : PBAPP FC (GL)
14 Mac : Felda United FC (GS)
21 Mac : Negeri Sembilan (GL)
24 Mac : Kedah (GS)
28 Mac : SPA FC (GL)
4 April : Johor Darul Ta’zim II (GS)

Pusingan Kedua

11 April : Johor Darul Ta’zim II (GL)
14 April : Sabah (GL)
18 April : PDRM FA (GS)
9 Mei : UiTM FC (GL)
16 Mei : Perlis (GS)
23 Mei : DRB Hicom FC (GL)
9 Jun : PBAPP FC (GS)
13 Jun : Felda United FC (GL)
16 Jun : Negeri Sembilan (GS)
20 Jun : Kedah (GL)
24 Jun : SPA FC (GS)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa