Nuffnang Ads

Khamis, 6 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan UiTM FC

Pasukan UiTM FC atau nama gelaran The Lion Troop di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Azuan Zain merupakan antara 12 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Premier 2014. Pasukan UiTM FC pastinya akan berusaha gigih bagi memastikan pasukan mereka kekal bersaing dalam Liga Premier 2015 akan datang. Namun begitu, keupayaan pasukan UiTM FC tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan lain kerana pasukan UiTM FC mampu melakar kejutan jika peluang keemasan disempurnakan.

Gabungan pemain-pemain tempatan serta pemain import pastinya akan teruji dan pada pandangan Bual Sukan, pasukan The Lion Troop mampu mempamerkan aksi terbaik bertemu 11 pasukan lain dalam saingan Liga Premier 2014 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier membabitkan pasukan UiTM FC bagi musim 2014 ini :

Pusingan Pertama

24 Januari : SPA FC (GL)
27 Januari : Johor Darul Ta’zim II (GS)
7 Februari : Pulau Pinang (GL)
10 Februari : PDRM FA (GS)
14 Februari : Sabah (GS)
7 Mac : Perlis (GL)
14 Mac : DRB Hicom FC (GS)
21 Mac : PBAPP FC (GL)
24 Mac : Felda United FC (GS)
28 Mac : Negeri Sembilan (GL)
4 April : Kedah (GS)

Pusingan Kedua

11 April : Kedah (GL)
14 April : SPA FC (GS)
18 April : Johor Darul Ta’zim II (GL)
9 Mei : Pulau Pinang (GS)
16 Mei : PDRM FA (GL)
23 Mei : Sabah (GL)
9 Jun : Perlis (GS)
13 Jun : DRB Hicom FC (GL)
16 Jun : PBAPP FC (GS)
20 Jun : Felda United FC (GL)
24 Jun : Negeri Sembilan (GS)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa