Nuffnang Ads

Rabu, 5 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan DRB Hicom FC

Pasukan DRB Hicom FC yang dahulunya dikenali dengan nama Pos Malaysia FC di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman iaitu G.Torairaju merupakan antara pasukan yang boleh memberi saingan dalam kelompok 6 pasukan terbaik. Dengan barisan pemain tempatan ditambah pula dengan awang import yang berkualiti yang ditandatangani pasukan DRB Hicom FC, pasukan ini dijangka mampu memberikan laluan sukar kepada 11 pasukan lain yang bersaing dalam Liga Premier 2014.
Bual Sukan berpandangan, pasukan DRB Hicom FC dijangka bersaing merebut 4 tiket automatik ke saingan Piala Malaysia 2014 jika mereka berjaya melakukan kejutan demi kejutan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi. Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan DRB Hicom FC bagi musim Liga Premier 2014 :

Pusingan Pertama

24 Januari : Negeri Sembilan (GL)
27 Januari : Kedah (GS)
7 Februari : SPA FC (GS)
10 Februari : Johor Darul Ta’zim II (GS)
14 Februari : Pulau Pinang (GL)
7 Mac : PDRM FA (GS)
14 Mac : UiTM FC (GL)
17 Mac : Sabah (GS)
21 Mac : Perlis (GS)
28 Mac : PBAPP FC (GL)
4 April : Felda United FC (GS)

Pusingan Kedua

11 April : Felda United FC (GL)
14 April : Negeri Sembilan (GS)
18 April : Kedah (GL)
9 Mei : SPA FC (GL)
16 Mei : Johor Darul Ta’zim II (GL)
23 Mei : Pulau Pinang (GS)
9 Jun : PDRM FA (GL)
13 Jun : UiTM FC (GS)
16 Jun : Sabah (GL)
20 Jun : Perlis (GL)
24 Jun : PBAPP FC (GS)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa