Nuffnang Ads

Khamis, 6 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan Perlis

Pasukan Perlis di bawah kendalian Ketua Jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan Reduan Abdullah pastinya ingin melupakan aksi buruk musim lalu apabila menamatkan saingan di tangga kesepuluh dan hampir-hampir tersingkir ke Liga FAM 2014. Musim ini pasukan Perlis pastinya berazam untuk mencabar 11 pasukan lain dalam saingan Liga Premier 2014 dengan memberikan tentangan sengit di setiap perlawanan. Pasukan Perlis atau Singa Utara pastinya akan berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu di mana pasukan Perlis adalah antara pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Singa Utara pastinya berusaha menempatkan diri di kelompok 6 pasukan terbaik Liga Premier musim ini. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda dan pemain-pemain import berkualiti tidak mustahil Perlis mampu melakar kejayaan musim ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier bagi pasukan Perlis musim 2014 ini :

Pusingan Pertama

24 Januari : Kedah (GL)
27 Januari : SPA FC (GS)
7 Februari : Johor Darul Ta’zim II (GL)
10 Februari : Pulau Pinang (GS)
14 Februari : PDRM FA (GL)
7 Mac : UiTM FC (GS)
14 Mac : Sabah (GS)
21 Mac : DRB Hicom FC (GL)
24 Mac : PBAPP FC (GS)
28 Mac : Felda United FC (GL)
4 April : Negeri Sembilan (GS)

Pusingan Kedua

11 April : Negeri Sembilan (GL)
14 April : Kedah (GS)
18 April : SPA FC (GL)
9 Mei : Johor Darul Ta’zim II (GS)
16 Mei : Pulau Pinang (GL)
23 Mei : PDRM FA (GS)
9 Jun : UiTM FC (GL)
13 Jun : Sabah (GL)
16 Jun : DRB Hicom FC (GS)
20 Jun : PBAPP FC (GL)
24 Jun : Felda United FC (GS)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa