Nuffnang Ads

Rabu, 5 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2014 Pasukan Sabah

Pasukan Sabah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Seslija Milomir yang juga merupakan bekas pemain Sabah pastinya ingin menjadikan Liga Premier 2014 sebagai tahun kebangkitan semula pasukan Sabah setelah sekian lama mengalami kemerosoton prestasi. Gabungan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain muda serta pemain-pemain import berkualiti pastinya dituntut peminat mempamerkan persembahan serta permainan membanggakan pasukan Sabah sekaligus bersaingan merebut kejuaraan Liga Premier 2014 selain 2 slot pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super 2015 serta tiket automatik ke Piala Malaysia 2014 akan datang.

Bual Sukan berpandangan, pasukan Sabah pastinya akan memberikan aksi terbaik mereka serta kembali bersaingan dalam musim Liga Premier 2014 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan Sabah dalam saingan Liga Premier 2014 musim ini :

Pusingan Pertama

24 Januari : Pulau Pinang (GL)
27 Januari : Felda United FC (GS)
7 Februari : PDRM FA (GL)
10 Februari : Negeri Sembilan (GS)
14 Februari : UiTM FC (GL)
7 Mac : Kedah (GS)
14 Mac : Perlis (GL)
17 Mac : DRB Hicom FC (GL)
21 Mac : SPA FC (GS)
28 Mac : Johor Darul Ta’zim II (GS)
4 April : PBAPP FC (GL)

Pusingan Kedua

11 April : PBAPP FC (GS)
14 April : Pulau Pinang (GS)
18 April : Felda United FC (GL)
9 Mei : PDRM FA (GS)
16 Mei : Negeri Sembilan (GL)
23 Mei : UiTM FC (GS)
9 Jun : Kedah (GL)
13 Jun : Perlis (GS)
16 Jun : SPA FC (GL)
20 Jun : DRB Hicom FC (GS)
24 Jun : Johor Darul Ta’zim II (GL)

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa