Nuffnang Ads

Selasa, 18 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2014

Piala FA 2014 telah sampai ke peringkat separuh akhir dengan 4 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat ini bagi menentukan 2 pasukan yang bakal berentap di pentas final Piala FA 2014. Pasukan juara bertahan serta finalis musim lalu, Kelantan dan Johor Darul Ta'zim FC berjaya melangkah ke separuh akhir diiringi oleh pasukan Juara Piala Malaysia 2013 dan Juara Piala Sumbangsih 2014, Pahang dan pasukan penuh kejutan dari Liga Premier 2014, Felda United FC.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kelantan dilihat sebagai pilihan utama untuk melangkah ke peringkat akhir apabila diundi bertemu Felda United FC. Namun begitu kejutan pasti berlaku jika pasukan Kelantan mengambil mudah cabaran pasukan Felda United FC. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, saingan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Pahang dilihat seimbang dan kedua-dua pasukan ini mempunya sejarah tersendiri dalam pertemuan masing-masing. Saingan separuh akhir dilihat sengit dan pasti mendebarkan. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2014 yang akan dilangsungkan secara timbal balik pada 5 & 6 Mei bagi pusingan separuh akhir pertama manakala separuh akhir kedua pula pada 30 & 31 Mei 2014 akan datang :

Johor Darul Ta'zim FC lwn Pahang

Kelantan lwn Felda United FC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa