Nuffnang Ads

Isnin, 17 Februari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA Inggeris 2013/2014

Piala FA Inggeris musim 2013/2014 telah memasuki pusingan suku akhir di mana 8 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat ini dan akan bersaing merebut 4 tiket ke peringkat separuh akhir. Pasukan Juara bertahan musim lalu, Wigan Athletic dijangka menghadapi laluan sukar mempertahankan gelaran apabila diundi bertemu pasukan finalis musim lalu Manchester City di Stadium Ettihad. Manchester City dilihat berada pada kelas tersendiri dan The Citizens musim ini masih berpeluang memburu 4 kejuaraan iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris, Piala Liga dan Piala FA.

Antara pasukan yang menjadi calon juara iaitu Arsenal dan Everton diundi bertemu sesama sendiri manakala 2 lagi perlawanan menyaksikan Brighton atau Hull City Tigers diundi bertemu finalis Piala Liga Inggeris, Sunderland dan pasukan Sheffield United diundi bertemu sama ada Sheffield Wednesday atau Charlton Athletic. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan pilihan utama pastinya adalah Manchester City dan Arsenal. Namun begitu, tidak mustahil berlaku kejutan dalam saingan kali ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris musim 2013/2014 yang dijadualkan berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2014 akan datang :

Arsenal lwn Everton

Hull City Tigers lwn Sunderland

Sheffield United lwn Charlton Athletic

Manchester City lwn Wigan Athletic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa