Nuffnang Ads

Isnin, 10 Februari 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Premier 2014 - 10 Februari 2014

Kerancakan saingan Liga Premier 2014 diteruskan lagi dengan pada hari ini berlangsung 4 lagi perlawanan melibatkan 8 pasukan. 2 perlawanan yang sepatutnya berlangsung hari ini telah ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Ini adalah bagi membolehkan pasukan Kedah, Felda United FC dan PDRM FA bermain dalam perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Februari 2014 (Selasa) ini.

Pasukan Sabah dan DRB Hicom FC masing-masing masih mencari rentak kemenangan bagi terus bersaing dengan pasukan kelompok atasan seperti PDRM FA, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Berikut adalah keputusan 4 perlawanan Liga Premier 2014 yang berlangsung pada 10 Februari 2014 :

Perlis lwn Pulau Pinang (2-3)
Perlis : Duo Bakary, Mohd. Haziq
Pulau Pinang : Titi Buengo, Lee Kil-Hoon (2)

DRB Hicom FC lwn Johor Darul Ta'zim II (3-2)
DRB Hicom FC : Khairul Anuwar, Khairul Naim, Mohd. Fakhrullah
JDT II : Mohd. Yusof, Mohd. Razif (GS)

PBAPP FC lwn SPA FC (0-2)
SPA FC : Khairul Izwan (2)

Sabah lwn Negeri Sembilan (2-1)
Sabah : Ezaidy Khadar, Farid Ideris
Negeri Sembilan : Effa Owana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa