Nuffnang Ads

Selasa, 11 Februari 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2014

Piala FA 2014 telah memasuki peringkat suku akhir di mana 8 pasukan akan beraksi secara timbal balik bagi menentukan 4 pasukan yang akan meneruskan langkah ke peringkat separuh akhir. Perlawanan suku akhir pertama berlangsung pada 11 Februari manakala perlawanan suku akhir kedua pula akan berlangsung pada 18 Februari 2014. 

Pasukan juara bertahan Piala FA, Kelantan pastinya berusaha untuk mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Namaun begitu mereka berdepan laluan sukar apabila bertemu dengan PKNS FC. Lain-lain perlawanan menemukan finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim FC bertemu Kedah, PDRM FA bertemu Pahang manakala Felda United pula bertemu pasukan Sarawak.

Berikut adalah keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2014 yang berlangsung pada 11 Februari 2014 :

Johor Darul Ta'zim FC lwn Kedah (3-1)
JDT FC : Amri Yahyah, Hariss Harun, Luciano Figeroa
Kedah : Billy Mehmet

PDRM FA lwn Pahang (1-1)
PDRM FA : Charles Chad Souza
Pahang : Matias Conti

Kelantan lwn PKNS FC (3-2)
Kelantan : Badhri Radzi, Tengku Hasbullah, Ahmad Shakir Ali
PKNS FC : Patrick Ronaldinho, Kim

Felda United FC lwn Sarawak (0-0)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa