Nuffnang Ads

Selasa, 4 Februari 2014

Bola Sepak : Keputusan Pusingan Kedua Piala FA Malaysia 2014

Pusingan Piala FA Malaysia 2014 berlangsung pada 1 dan 4 Februari 2014 di mana ianya melibatkan 8 perlawanan bagi mencari 8 pasukan yang bakal ke suku akhir. Pasukan Pahang menjadi pasukan pertama mara ke peringkat suku akhir apabila berjaya menewaskan pasukan Singapore Lions XII di gelanggang lawan sekaligus menamatkan rekod perlawanan tanpa kalah pasukan Lions XII selama 18 bulan di Stadium Jalan Besar. 

Satu lagi perlawanan yang berlangsung pada 1 Februari lalu menimbulkan kontroversi apabila perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan oleh komisioner perlawanan kerana alasan keselamatan oleh pasukan T-Team. Perlawanan tersebut telah berlangsung separuh masa pertama dengan Johor Darul Takzim FC mendahului pasukan T-Team dengan 2-1. Bual Sukan berpandangan bahawa kontroversi yang berlaku adalah sesuatu yang tidak wajar dan pihak bertanggungjawab harus menyiasat perkara tersebut seadil-adilnya bagi kedua-dua pasukan. 

Berikut adalah keputusan perlawanan pusingan kedua Piala FA Malaysia 2014 :

1 Februari 2014 (Sabtu)

Singapore Lions XII lwn Pahang (1-2)

Johor Darul Takzim FC lwn T-Team (2-1) 
* Perlawanan ditangguhkan

4 Februari 2014 (Selasa)

Selangor lwn Sarawak (0-1)

Kelantan lwn Sabah (2-1)

Kedah lwn Perlis (4-0)

PBAPP FC lwn PDRM FA (0-2)

KL Sime Darby lwn KL Felda United FC (0-1)

Selangor PKNS FC lwn Terengganu (2-1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa