Nuffnang Ads

Selasa, 18 Februari 2014

Bola Sepak : Keputusan Suku Akhir Kedua Piala FA 2014

Pusingan Suku Akhir kedua Piala FA 2014 telah berlangsung pada malam ini menyaksikan 8 pasukan berentap di pentas suku akhir kedua bagi menentukan 4 pasukan yang bakal mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2014 musim ini. Seperti dijangka, pasukan juara bertahan serta finalais musim lalu Kelantan dan Johor Darul Ta'zim FC berjaya ke separuh akhir dan bakal diiringi oleh pasukan Juara Piala Malaysia 2013, Pahang serta pasukan Liga Premier 2014, Felda United FC yang berjaya mengenepikan cabaran pasukan Sarawak.

Berikut adalah keputusan perlawanan suku akhir Piala FA pusingan kedua yang berlangsung malam ini :

Kedah lwn Johor Darul Ta'zim FC (0-2)
JDT FC : Nos Shahrul Idlan Talaha, Safee Sali 
(JDT FC mara agregat 5-1)

Pahang lwn PDRM FA (2-1)
Pahang : Fauzi Roslan, Hafiz Kamal
PDRM FA : Charles Chad Souza
(Pahang mara agregat 3-2) 

PKNS FC lwn Kelantan (3-3)
PKNS FC : Patrick Ronaldinho Wleh, Karlo Primorac, Hamka Hamzah
Kelantan : Ahmad Fakri Shaarani, Ahmad Shakir Ali, Mohammad Ghaddar 
Kelantan mara agregat 6-5

Sarawak lwn Felda United FC (2-2)
Sarawak : Joseph Kalang Tie, Akmal Rizal
Felda United FC : Zah Rahan Krangar, Indra Putra
Agregat 2-2. Felda United FC mara dengan kelebihan gol di tempat lawan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa