Nuffnang Ads

Ahad, 9 Februari 2014

Bola Sepak : Laman Web Khas Liga Malaysia 2014

Bola sepak merupakan antara sukan yang paling menarik perhatian peminat sukan Malaysia. Boleh dikatakan sukan bola sepak adalah sukan nombor satu negara. Dengan kerancakan Liga Malaysia 2014 yang semakin hari semakin hangat, peminat bola sepak Malaysia pastinya inginkan maklumat berkaitan dengan Liga Malaysia dapat diakses dengan mudah dan pantas. Namun begitu, sayangnya tiada laman web khas berkaitan dengan Liga Malaysia yang dapat dilayari oleh penggemar bola sepak sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.

Dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini, Bual Sukan percaya jika pihak berwajib bolasepak negara serius untuk membangunkan laman web khas Liga Malaysia kita mampu melaksanakannya. Malaysia mempunyai ramai pakar dalam membuat laman-laman web dan dengan peruntukan yang disalurkan secara tahunan mungkin boleh digunakan bagi membangunkan laman web Liga Malaysia ini,. Lihat sahaja bagaimana negera jiran seperti Singapura, ThailandIndonesia dan Filipina (Klik untuk Pautan ke Web Liga tersebut) membangunkan laman web khas Liga Bola Sepak negara masing-masing. Ini adalah sekadar pandangan Bual Sukan selaku antara peminat Liga Malaysia yang menjadi kebanggaan penyokong-penyokong Bola Sepak Malaysia. Majulah Sukan untuk Negara..

Bual Sukan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa