Nuffnang Ads

Khamis, 13 Februari 2014

Bola Sepak : Malaysia di Ranking Ke 150

Pasukan Bola Sepak Harimau Malaya melonjak 4 anak tangga ke kedudukan ke 150 dunia dalam ranking FIFA bagi bulan Februari 2014. Ranking Malaysia pada bulan Januari 2014 adalah di tangga ke 154 dunia. Pasukan Sepanyol masih mengekalkan kedudukan di tangga pertama dunia. 

Ranking Malaysia di kalangan negara Asia ialah di kedudukan ke 29 manakala ranking di peringkat Asia Tenggara pula di kedudukan ke 6 di belakang Filipina, Myanmar, Vietnam, Thailand dan Singapura. Untuk tahun 2014 ini, perlawanan kompetitif pertama pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara adalah menentang pasukan nombor satu Asia Tenggara, Filipina pada 1 Mac 2014 di Filipina sebelum bertemu dengan pasukan di kedudukan ke 186 dunia, Yemen pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 Australia.

Pada pandangan Bual Sukan, ranking pasukan Harimau Malaya pasti boleh ditingkatkan dengan syarat pasukan negara menunjukkan peningkatan prestasi serta mencapai kemenangan bertemu lawan-lawan yang berada di kedudukan tertinggi dan di bawah pasukan negara. Semoga pasukan negara di tahun 2014 ini mencapai tahap terbaik prestasi bola sepak negara. Selamanya Harimau Malaya...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa