Nuffnang Ads

Ahad, 2 Mac 2014

Badminton : Yonex All England Open Badminton Championships 2014

Kejohanan Badminton Yonex All England Open Championships 2014 akan berlangsung pada 4 hingga 9 Mac 2014 di National Indoor Arena, Birmingham. Kejohanan tahun ini pastinya menjanjikan saingan sengit pemain-pemain badminton seluruh dunia bagi merebut kejuaraan bagi kategori masing-masing. Pasukan negara pastinya sekali lagi meletakkan sandaran utama kepada pemain perseorangan nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bagi merebut gelaran juara perseorangan lelaki sekaligus menjuarainya buat kali ketiga dalam karier beliau. Namun begitu saingan sengit pastinya akan diterima oleh beliau terutamanya pemain-pemain perseorangan daripada China seperti Lin Dan, Chen Long, Du Pengyu serta pemain-pemain perseorangan lain seperti Kenichi Tago (Jepun), Sony Dwi Koncoro & Tommy Sugiarto (Indonesia), Jan O Jorgensen (Denmark) serta pemain-pemain perseorangan yang lain.

Dalam acara bergu lelaki pula, saingan sengit pastinya adalah di antara bergu China, Korea Selatan, Denmark, Jepun dan Malaysia. Namun bergu-bergu dari negara lain juga mampu melakar kejutan pada kejohanan ini. Seperti tahun-tahun lalu, dominasi pemain-pemain China dalam kebanyakan kejohanan BWF Siri Super pastinya akan cuba disekat oleh negara-negara lain. Pada pandangan Bual Sukan, Kejohanan Badminton Yonex All England Open Championships 2014 pastinya sengit dan tidak mustahil kejutan pasti berlaku. Selamat berjuang kepada pemain-pemain badminton negara.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa