Nuffnang Ads

Sabtu, 29 Mac 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2014 - 29 Mac 2014

Malam ini berlangsung 6 lagi perlawanan Liga Super 2014 melibatkan 12 pasukan yang bersaing. Ini merupakn perlawanan ke 9 dan ke 10 bagi setiap pasukan dengan saingan liga pusingan pertama berbaki 1 lagi perlawanan. Perlawanan yang dijangka menjadi tumpuan ialah pertembungan pasukan gergasi pantai timur iaitu pasukan pendahulu liga, Terengganu yang dijadualkan bertemu pasukan Kelantan. Pasukan Terengganu pastinya ingin mengukuhkan cengkaman liga manakala pasukan-pasukan lain pastinya akan terus bersaing merebut kejuaraan musim ini.

2 pasukan kelompok terbawah liga, ATM FA dan Perak pastinya ingin mencari kemenangan bagi mengelakkan penyingkiran ke Liga Premier 2014 akan datang. Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super 2014 yang berlangsung pada 29 Mac 2014 :

29 Mac 2014 (Sabtu)

Singapore Lions XII lwn T-Team (1-1)
Lions XII : Safuwan Baharudin
T-Team : Nelson Sam Martin

Pahang lwn Perak (2-0)
Pahang : Dickson Nwakaeme, R.Gopinathan 
  
Selangor lwn PKNS FC (2-2)
Selangor : Helmi Rameli, Afiq Azmi
PKNS FC : Mohd. Aminuddin (2)

Johor Darul Ta'zim FC lwn Sarawak (1-1)
JDT FC : Luciano Figeroa
Sarawak : S.Chanturu

Terengganu lwn Kelantan (1-1)
Terengganu : Zairo Anuar Zailani
Kelantan : Shawky Yazid

Sime Darby FC lwn  ATM FA (3-2) 
Sime Darby FC : Ariff Ismail, William Mensah, Mahm Al-Amna
ATM FA : Bruno Martellotto, Juan Manuel Arostegui 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa