Nuffnang Ads

Khamis, 6 Mac 2014

Bola Sepak : Malaysia 2 - Yemen 1

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee berjaya meraih kemenangan pertama sekaligus menamatkan saingan peringkat kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 dengan catatan kemenangan 2-1 sekaligus menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dengan 7 mata di belakang Qatar dan Bahrain. Namun kemenangan ini gagal membawa pasukan negara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 Australia selaku pasukan ketiga terbaik. Gol-gol pasukan negara dijaringkan oleh pemain berpengalaman Amri Yahyah dan Ahmad Fakri Shaarani manakala gol saguhati pasukan Yemen dijaringkan oleh Al-Sarori.

Harimau Malaya terpaksa bermain dengan 10 orang pemain sejak minit ke-8 apabila pemain pertahanan tengah negara, Amirizwan Taj Tajuddin dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan pemain Yemen di dalam kotak penalti. Kehilangan tersebut menyebabkan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa mengeluarkan pemain tengah Safiq Rahim dan digantikan dengan pemain pertahanan Fadhli Saas. Pasukan negara terpaksa menahan asakan demi asakan pasukan Yemen dengan sekali sekala melakukan serangan berbahaya ke gawang pasukan Yemen. Hasilnya, 2 gol terhasil melalui situasi sepakan percuma.

Pada pandangan Bual Sukan, persembahan Harimau Malaya malam ini bolehlah dipuji kerana terpaksa bertahan sepanjang 82 minit dengan 10 orang peamin. Walaupun gagal ke peringkat akhir Piala Asia 2015, pasukan negara harus memberikan fokus dan tumpuan menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2014 akan datang. FAM juga perlu memuktamadkan Ketua Jurulatih bagi pasukan Harimau Malaya dan Bual Sukan berpebndapat Datuk Ong Kim Swee atau jurulatih tempatan wajar diberikan peluang melatih pasukan negara. Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa